Assalamualaikum
Memang tidak dinafikan, kecantikan felixia yeap tambahan pula bila dia dah bertudung dan berbaju kurung. Cair yop hati. Felixia adalah seorang model playboy yang memang posing seksi-seksi je. Namun sekarang apabila dah bertudung cantik manis tuannya.
Baru-baru ni Felixia telah tampil di TV Al-Hijrah. Tertarik dengan kata-kata Felixia "Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati" Sangat kagum dengan Felixia jika dilihat kerja yang dilakukan sebelum ini memang kita tak sangka dia mampu berpakaian seperti gadis muslimah diluar sana. Walaupun Felixia masih belum memeluk Islam. Menerusi blog Felixia sendiri, dia mengatakan ramai pihak yang mempertikaikan cara pemakaiannya sekarang dan bertudung kerana pekerjaan yang dilakukan sebelum ini.
Kalau korang nak tahu lebih pasal model Felixia ni, boleh la jenguk blog dia. Ni ha
Muka lawa. Mana tahu rezeki pakai tudung lagi melimpah ruah rezeki. hehe. Hanya Tuhan je yang tahu niat sebenar dia. Kalau ikhlas, alhamdulillah semoga dibuka pintu hatinya untuk mendalami Islam dan semoga ditemukan dengan rakan-rakan yang membantunya ke jalan yang benar. Suko beno makcik nengoknyer ! :)


