January 1, 2014

Renungan untuk diri

Assalamualaikum

Hai, sempat lagi nak update blog kan. Esok exam la. chill. hihi

Hidup ini penuh liku-liku
Semua orang nak nampak hebat dan rasa hebat
Terlalu banyak ujian dan yang pasti ujian yang diberikan oleh-NYA hanya untuk menguji sejauh mana kesabaran hambanya. Lain orang lain sikap, lain perangai. Sejak sambung degree rindu sangat memberII seDiploma dulu. Susah nak cari macam mereka. Sabar.. Sabar..Sabar.

Panjatkan doa supaya selalu berfikiran positif dan Insyaallah kemanisan suatu hari nanti. Dengan azam baru dengan matlamat baru dengan tahun baru. Harap tahun ni datang dengan senyuman dan kemanisan. Semua orang ada ego masing-masing. Ada orang yang menilai orang lain tak sama dengan dia menilai diri sendiri. That why lerh dia nampak orang lain ade je kurang. Padahal diri sendiri belum tentu. hee. *ayat keciwa*

Bagi aku, kita ni kena menilai diri kita sebelum nilai orang lain. Buang ego sebab hidup ini ada yang menyukai kita. Ada juga yang membenci kita. Semua tu biasa. Lumrah manusia tak pernah sempurna dimata mereka. Tanpa kita sedar ada orang yang sebenarnya membenci kita tapi jangan sesekali kita membenci mereka kerana Allah itu ADIL



 " Satu benda yang Allah sedang tunjukkan pada aku, Kalau kau tak diuji dengan laki-laki dalam hidupmu, Kau akan diuji dengan sahabat-sahabat perempun kamu. Itu PASTI, mungkin supaya adil, agar tetap rendah diri dan rendah hatu, tak memandang"


ok. Jom sambung study
Bye!

December 30, 2013

Apabila Felixia Yeap bertudung

Assalamualaikum

Memang tidak dinafikan, kecantikan felixia yeap tambahan pula bila dia dah bertudung dan berbaju kurung. Cair yop hati. Felixia adalah seorang model playboy yang memang posing seksi-seksi je. Namun sekarang apabila dah bertudung cantik manis tuannya. 

Baru-baru ni Felixia telah tampil di TV Al-Hijrah. Tertarik dengan kata-kata Felixia "Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati" Sangat kagum dengan Felixia jika dilihat kerja yang dilakukan sebelum ini memang kita tak sangka dia mampu berpakaian seperti gadis muslimah diluar sana. Walaupun Felixia masih belum memeluk Islam. Menerusi blog Felixia sendiri, dia mengatakan ramai pihak yang mempertikaikan cara pemakaiannya sekarang dan bertudung kerana pekerjaan yang dilakukan sebelum ini. 

Kalau korang nak tahu lebih pasal model Felixia ni, boleh la jenguk blog dia. Ni ha





Muka lawa. Mana tahu rezeki pakai tudung lagi melimpah ruah rezeki. hehe. Hanya Tuhan je yang tahu niat sebenar dia. Kalau ikhlas, alhamdulillah semoga dibuka pintu hatinya untuk mendalami Islam dan semoga ditemukan dengan rakan-rakan yang membantunya ke jalan yang benar. Suko beno makcik nengoknyer ! :)